Seminar Etnomatematik Rumpun Melayu

Etnomatematik yang sebelum ini merupakan suatu kaedah dalam pendidikan Matematik, dan masih lagi seperti demikian di mana-mana kawasan dunia, kini di Malaysia dijadikan sebagai kaedah penyelidikan untuk merungkai pencapaian Bangsa Melayu semenjak awal dalam bidang Matematik dan bidang-bidang berkaitan dengannya. Perubahan paradigma ini diusulkan oleh Dr. Shaharir bin Mohd Zain, penyelidik Bersekutu INSPEM.